Sunday, February 16, 2020

Puteri Ayu Pandan/Red Velvet

RED VELVET PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN CHEESE:
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 11/2 sudu makan susu segar
  • Sedikit esen vanilla
BAHAN RED VELVET:
Bahan A:
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan B (buttermilk):
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh cuka masakan    ( Kek tak naik, need to try with Baking Soda) also Tepung kek or campur tepung jagung wth tepung?
Bahan C :
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalete sedikit esen vanilla
  • Bahan D :
  • Pewarna merah secukupnya.
  •  
  • Cara buat : 
  • Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.
  • Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati dan licin.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan tepung dan susu segar.
  • Putar sebati dan pastikan adunan licin tidak berketul. Ketepikan.
  • Campurkan bahan B, kacau rata dan ketepikan.
  • Sementara itu, ayak bahan A, ketepikan
  • Satukan Bahan C dan putar dengan kelakukan perlahan selama 5 minit.
  • Kemudian tukar pada kelajuan tingg hingg adunan menjadi putih dan fluffy (ebih kurang 15 minit, namun bergantung pada mixer).
  • Masukkan adunan A dan B secara berselang seli ke daam adunan C yang telah kembang tadi.
  • Putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan pewarna merah tadi.
  • Oles acuan dengan sedikit minyak, letakkan adunan cheese 1/4 acuan, kukus selama 5 minit.
  • Kemudian masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan, kukus selama 15 minit
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • PUTERI AYU PANDAN
    BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum, ayak
  • 300gm gula
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu teh baking powder, ayak
  • 200ml santan pekat | hasil yang diperah menggunakan air pandan
  • Pewarna hijau
  • Setengah biji kelapa putih | gaul dengan garam dan tepung ubi
CARA MEMASAK
  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder bersama.Ketepikan.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masukkan sedikit kelaa yang digaul dengan tepung ubi dan garam.
  5. Mampatkan di bahagian bawah acuan.
  6. Dalam mangukuk adunan, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
  7. Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan dan perwarna hijau. Kacau rataaaa.
  8. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7minit.
  9. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
  •