Bahan-Bahan
75gram tepung naik sendiri
60gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
2 sudu makan gula (rata) - optional
1/2 sudu makan minyak masak - optional
1/2 sudu makan bijan - optional
Air secukupnya
.
Cara-cara
- Gaulkan semua bahan (kecuali bijan), dan kacau rata hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair atau terlampau pekat. Asal boleh menyalut belakang sudu, so insyaAllah ok lah tu. Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bijan dan gaul rata. Siap untuk digunakan.
(Nota: Goreng ikut selera anda, kalau nak yang crunchy goreng agak lama sikit hingga agak kecoklatan).
Versi terengganu
2 cawan tepung beras cap Gajah
1 biji telur
1 s/k air kapur
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup pekat
Cara
1. Bancuhkan bahan Batter sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam bahan batter dan jemputkan kedalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tapisan sayur[/color]
versi Siam
2 cwn tepung beras (nak campur tpg jagung sikit pun bole)
garam
sedikit ajer gula (satu sudu teh gitu, ikut selera la, takat nak melemakkan lagi)
minyak masak satu sudu teh
air kapur satu sudu teh..
bijan (disangai supaya wangi) dalam satu atau dua sudu makan gitu
kelapa parut tuh dlm satu pertiga cawan gitu or kalau nak lebih sikit pun bole.
sedikit santan (sikit sajer dlm suku cawan gitu)
air sejuk - agak2 lah, jgn cair.
pisang awak, abu atau apa2 pisang yg utk digoreng (alang suka yg lembik sikit)...
cara2
1. Bancuh bahan2 tepung tu smpi sebati... jgn masin sgt lah...
2. Celup pisang yg di belah dua kedalam tepung
3. Goreng dlm minyak terendam smpi kekuningan.
4. Angkat dan tos. Sedia utk dimakan.
batter ni sedap sbb rasa bijan yg harum dan lemak2 santan dan kelapa parut dan rangup...
No comments:
Post a Comment