Monday, August 11, 2014

Puding susu Buah buahan

BAHAN-BAHAN http://noorhashimahnayan.blogspot.com/2013/09/agar-agar-puding-koktail-puding-jelly.html 37gm agar-agar (yang dalam plastik panjang) 1 cawan gula ( kalau suka manis tambah lagi yer) 1 tin susu cair Sukatan air, saya mengikut sukatan bekas plastik agar-agar. Satu sukatan penuh plastik air dan tambah suku lagi. (jadi tolong jangan buang plastik agar-agar tu okay). :) 1 tin tropical fruit cocktail (di tapis buahnya dan simpan air nya serta kalau suka potong kecil buah itu) 1 biji telur ayam 4 sudu besar tepung jagung 1 1/2 sudu teh esen vanila Garam CARA-CARA Basuh dan gunting agar-agar. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar cair. Masuk gula dan kacau hingga gula pun cair dan sebati. Lebihan air syrup dalam tin buah tadi juga dimasukkan sekali. Dalam bekas asing, campurkan susu cair, tepung jagung dan telur. Gaul sebati. Masukkan bahan campuran tadi (no 5) perlahan-lahan dalam periuk sambil kacau. Tambah garam dan esen vanila secukupnya. Bila semua bahan dalam periuk berasap dan mendidih sikit, bolehlah tutup api. Sediakan bekas untuk agar-agar, taburkan buah-buahan koktail tadi di dasarnya. Kemudian tuangkan agar-agar yang telag dimasak tadi ke atasnya secara slow motion okay! (takut terpercik) DAH SIAP!! tunggu ianya sejuk dan keras serta boehlah masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap dan segar. Selesai sudah buat resepi agar-agar puding ni. Simple jerkan!!! Cubalah Yer!! Kuah nyer campur 1 tin susu, air Buah, 1 sudu tepung kastad dan 1 sudu gula Kalau kita nak buat agar-agar biasa, cuma tambah 1 liter air dan gula secukupnya serta pewarna atau perisa sahaja. Tetapi jika kita nak tambahkan susu, santan atau cecair yang agak pekat, kita kena kurangkan sukatannya. Kalau tidak, agar-agar kita akan lembik... lebi kuranglah. Contohnya kalau kita nak menggunakan susu cair, kita boleh letak sebanyak mana kita nak letak cuma campuran susu cair dan air mesti 850ml atau lebih sket jer. Jangan buat sampai 1 liter. Samalah juga kalau kita nak campurkan susu, air buah koktel, saya cadangkan jangan sampai 1 liter untuk satu peket agar-agar serbuk. Jadi bila saya dah dapat sifir ni, saya boleh buat apa saja resepi puding atau agar-agar yang saya nak. Letak coklat ke, susu strawberry ke, koktel buah campuran ke, santan gula melaka ke, Insyaallah okay! 2 Penggunaan tepung jagung boleh memekatkan dan struktur puding menjadi smooth. Contohnya jika kita terlebih sikit air, serbuk agar2 dah habis, so tambahkan sedikit tepung jagung. Bacuh dulu dalam sedikit air, baru tuang dan jangan lupa kacau yer! 3 Telur juga dapat memekatkan dan melemakkan puding (terutama puding yang menggunakan santan dan susu). Biasanya telur digunakan bersama dengan tepung jagung. Caranya, tambahkan satu sudu tepung jagung, sebiji telur kuning dan sedikit air ke dalam bekas. Kacau dengan whisk hingga sebati dan curahkan dalam agar-agar sewaktu campuran agar-agar kita hampir mendidih dan kacau campuran tu tanpa henti sampai ia mendidih. Kalau letak sebiji telur terus pun tak apa tapi struktur puding kita akan jadi tak smooth, ala, macam kita buat agar-agar lumut atau agar-agar telur gula merah tu, dia akan jadi macam ketul2 kecil, bubble gitu. Tapi rasanya tak berubah. Sedap jugak. Biasanya kalau letak telur, saya akan letakkan juga sedikit esen vanila, bagi mematahkan rasa hanyir telur. 4 Penggunaan kastad menyebabkan struktur agar-agar @ puding menjadi lembut. Sama juga, ambil sesudu kastad dan bancuh dengan air dulu baru dituangkan ke dalam bancuhan agar-agar yang hampir mendidih dan kacau rata tanpa henti hinggalah ianya mendidih dan meletup-letup! Biasanya kastad sesuai dengan buah-buahan seperti jagung, koktel dan juga coklat! 5 Bancuhan agar-agar hendaklah dimasak hingga betul-betul mendidih. Jika tidak agar-agar tak akan mengeras dengan sempurna (saya dah terkena sekali dan saya ingat sampai bila-bila!). Ianya tak sama dengan serbuk jeli kerana serbuk jeli hanya perlu larut sahaja dan ianya kembali mengeras. maksudnya, guna air panas pong dah okaey! http://mamacupiecorner.blogspot.com/2013/10/puding-agar-agar-beledo-tip-ikut.html