Friday, February 21, 2014

Pandan Huat kuih - Jesphine Low/Pei Pei

Castor sugar 80g Coconut milk 150g Pandan juice 100g Mix above together till sugar dissolve then add Self raising flour 200g (sifted) Mix well and pour into paper cup till 90% full. Steam over high heat for 20 minutes. Can make 6 cups. Pandan Steamed Cake (Huat Kueh) (recipe source: adapted from Mandy with minor changes) *makes about 15 small cakes 250g self-raising flour ( I use Blue Key brand) IMG_2564 copy 1/2tsp baking powder 150g caster sugar (can be reduced further) 1 egg (large), lightly beaten 200ml pandan water (blend 6pcs pandan leaves with water) 45g corn oil Method 1. Mix self-raising flour and baking powder, set aside. 2. Whisk sugar and pandan water till sugar dissolved. 3. Add in egg and corn oil, stir to mix well. 4. Add in flour and stir to combine. 5. Pour into prepared cupcake liners. 6. Steam over high heat for 20mins. http://nasilemaklover.blogspot.com/2012/11/pandan-huat-kueh-chinese-steamed-cake.html http://everybodyeatswell.blogspot.com/2010/10/sweet-potato-fa-gao-huat-kueh-huat-ah.html http://www.roseskitchenette.com/2008/10/03/huat-kueh/ http://eunicechan-photo.tumblr.com/post/66644814116/made-huat-kueh-over-the-weekend-and-quite http://notabilia.wordpress.com/tag/huat-kueh/ http://smallsmallbaker.blogspot.com/2011/11/aspiring-bakers-12-traditional-kueh.html

Tuesday, February 11, 2014

Cookies Strawberry Coconut ( malaysian style)

Biskut Senyum a.k.a. Biskut Kelapa Resipi : Mat Gebu Di Olah : Che CT Bahan-bahan : 200 gm tepung jagung Brown & Polson 115 gram tepung gandum 1/2 sudu teh penuh baking powder 1/2 cawan kelapa kering - dikisar halus 1 biji telur gred A 100 gram gula aising 1/2 camca teh esen vanilla 140 gm mentega - atau secukupnya Hiasan : Ceri merah - potong kecil Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut Cara-cara : 1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan. 2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti. 3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. 4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap. 5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. http://www.sitidelima.net/2012_08_01_archive.html

Cocktail Custard Pudding

Cocktail Custard Pudding Resipi : Che CT Bahan Puding: 1 cawan tepung kastard 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan gula pasir Cara membuat puding: 1. Larutkan gula pasir bersama air, susu cair dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata dengan senduk kayu hingga tidak berketul. 2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga menjadi pekat dan berkilat. 3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti. 4. Biarkan hingga puding sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk. Bahan Kuah Cocktail: 1 tin susu cair 1 tin mix fruits cocktail 1 1/2 tin air masak 4 sudu besar gula pasir Cara membuat kuahnya: 1. Campurkan semua bahan kedalam periuk. 2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula - tak perlu hingga mendidih. 3. Tutup api dan tuang dalam bekas bersih. Setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk. 4. Hidang puding bersama kuah cocktail dalam keadaan sejuk. http://www.sitidelima.net/2012_08_01_archive.html

KOKTEL BUAH-BUAHAN AIS KRIM VANILLA

Bahan-bahannya: 2 tin koktel buah-buahan – ambil bersama airnya 1 tin buah longan – ambil bersama airnya 1 mangkuk jeli Nata De Coco (laici dan strawberry) 100 gram buah ceri, jika suka 4 tin susu sejat Marigold ½ tupperware ais-krim perasa vanilla - Kak Noor guna jenama Magnolia Ketulan ais secukupnya Penyediaannya: 1. Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais-krim vanilla. Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan kacau rata. 2. Masukkan buah-buahan koktel, diikuti dengan buah longan beserta jusnya, buah ceri, dan jeli Nata De Coco. Kacau rata. 3. Akhir sekali baru masukkan ketulan ais secukupnya dan hidangkan semasa sejuk. http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2012/10/koktel-buah-buahan-ais-krim-vanilla.html Puding koktel macam Tau Fu Fa http://husnamn.blogspot.com/2011/07/resepi-pudding-koktel-yummylicious.html Bahan-bahan 10g agar-agar 1 tin susu Ideal 13 gelas air (kalau dh biasa buat, boleh ejas brp byk air, nk keras ke, nk lembut ke..kalo yg ni tekstur dia mcm mkn tau foo fa) 1 gelas gula Secubit garam Daun pandan 1 tin koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (anggur, strawberry) Cara-cara membuatnya 1) Masuk agar-agar, daun pandan dan air dalam periuk. Masak hingga hancur kesemuanya. 2) Masukkan gula. Biar gula larut. 3) Masukkan susu Ideal dan secubit garam. *Jika suka boleh letak bbrp titik esen vanilla untuk mengurangkan bau susu. 4) Masak sehingga mendidih dan tutup api. 5) Biarkan sejuk seketika, baru tuang ke dalam mangkuk atau bekas. Sejukkan di dalam peti sejuk. 6) Bila nk makan, masukkan koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (ikut kesukaan). Masukkan air dlm tin koktel tu sekali untuk rasa yang manis.. koktel Puding Castard dengan Nata De Coco ( http://airtangansuzie.blogspot.com/2011_10_01_archive.html) Puding Castard Bahan 4 sudu besar tepung castard 3 mug air 4 sudu besar gula Cara 1) Bancuhkan tepung bersama air dan kacau hingga tepung betul2 larut. 2) Masukkan gula dan kacau baru di masak hingga adunan likat. 3) Kacau hingga adunan berkilat. Tutup api dan masukkan dalam acuan yang disuka. 4)Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan. Sagu Merah Bahan 4 sudu besar sagu direndam sebentar 21/2 mug air 4 sudu besar gula 1 helai daun pandan Sedikit pewarna merah Cara 1) Masukkan air dalam periuk dan masak hingga mengelegak. 2) Masukkan sagu dan kacau hingga agak likat atau jernih baru masukkan gula. 3) Masukkan sedikit pewarna merah dan daun pandan. Jika likat sangat boleh tambah air sikit2. 4) Kacau hingga sagu betul2 jernih. Angkat dan sejukkan. Air Koktail Bahan 1 tin susu cair 3 sudu gula 3 mug air Nata De Coco secukupnya 1) Campurkan kesemuanya. Masukkan puding kastard dan sagu tadi. Masukkan ais dan sedia untuk dihidang.

Saturday, February 1, 2014

Agar Agar Gula Melaka dengan Cendol

http://gulahangus.blogspot.com/2012/01/resepi-bergambar-puding-cendol-kacang.html http://www.sitidelima.net/2012/06/agar-agar-cendol-gula-merah.html Bahan A : 5 gram agar-agar serbuk - Jenama NONA 60 gram gula merah 3 camca besar gula 1 helai daun pandan - disimpul 650 ml air Sedikit pewarna coklat 2 sudu besar gula pasir - Jika perlu Bahan B : 5 gram agar-agar serbuk 300 ml pati santan 400 ml air 1 camca besar gula 1 helai daun pandan - disimpul 1/2 sudu kecil garam halus - bagi rasa lemak sahaja Cendol secukupnya. Cara-cara : 1. Agar-agar gula merah : Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar-agar. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci atau acuan pilihan. Ketepikan sebentar. 2. Agar-agar santan B: Satukan serbuk agar-agar, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak-lemak, kacau rata dan biar suam. 3. Agar-agar cendol : Bila agar-agar gula merah hampir keras, cakar-cakar permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya diatas agar-agar gula melaka tadi. Ratakan. Tuang pula agar-agar santan perlahan-lahan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras. Potong dan hidangkan sejuk.