Thursday, January 8, 2015

Kek Batik


http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/kek-batik.html
Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.
Tips Resepi Kek Batik Lapis yang cantik dan tidak melekit-lekit ( untuk resepi yang nih yer):
  • Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.
  • Sebelum matikan api, pastikan tekstur adunan bukan sahaja pekat tapi KASAR berbintil2 seolah menggerutu. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu. sesudah itu br boleh matikan api dan angkat.boleh rujuk blog wendy utk teksturnya.
  • Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah.. juga rujuk blog wendy..
  • Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.. Jangan tekak kuat sangat, nnti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.
  • Seelok2nyer sejukkan dalam peti ais semalaman. (biasa hana buat mlm, so keesokannya dah bleh mkn dan kek nmpk cantik sbb lg padat)
  • Potong menggunakan pisau yang tajam dan di basahkan terlebih dahulu dan lap.. untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi.






Kek Batik Biskut Marie Bahan-bahan: 1 paket milo (saiz paling kecil)or 2 cawan Milo 2 sudu besar serbuk koko 1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian) 1 ketul butter (250g or 2 stick 1tbsp 3/4) 1/2 tin susu pekat manis 1 sudu besar esen vanilla Cara-cara: 1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk 2. Setelah butter cair, masukkan susu pekat dulu pastu milo,serbuk koko. Kacau non stop jangan bagi berketul2 3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi 4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih 5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan 6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang ( yg sudah dialas plastik utkmudahkan proses keluarkan dari bekas nanti). Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi 8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam Sedia di makan :) http://wawasyaida.blogspot.com/2013/01/resepi-kek-batik-biskut-marie.html  http://notamasakan.blogspot.com/2009/05/kek-batik.html ahan2: 1/2 buku butter 600 g biskut marie (dipatah empat) 1 cawan serbuk koko 2 cawan gula 4 biji telur(dipukul sedikit) 1 gelas air (atau lebihkan sikit, kalau nak kek batik yang lebih basah) Cara: 1. Campurkan gula, koko, air & telur dalam satu bekas. Kacau rata. 2. Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan butter. 3. Bila butter cair, segera masukkan campuran koko tadi. Tak perlu tunggu menggelegak, sekadar pastikan butter & campuran koko bercampurl sebati 4. Masukkan biskut, gaul rata. 5. Tutup api. Angkat, dan masukkan dalam acuan & tekan kuat2 supaya jadi padat. Sejukkan, dan simpan dalam peti sejuk.