Wednesday, April 8, 2015

Lepat Ubi Kayu ( Chinese Yucca )

LEPAT UBI KAYU RESEPI: QUINNIE BAHAN2: 1 1/2 kilo ubi kayu 200gm gula merah 16 sudu besar gula 2-3 cawan santan daun pisang secukupnya kelapa putih dicampur dgn garam utk inti secukupnya CARA: 1. mula2 parut ubi kayu.... lepas tu ambil kain bersih dan perah ubi kayu utk asingkan airnya....letak ubi kayu dalam satu bekas dan airnya dlm bekas yg lain....air ubi kayu yg telah diperah biarkan selama 5 minit.....buang airnya dan ambil sagu ( yg warna putih melekit) pada dasar bekas dan campurkan bersama ubi kayu yg telah diperah tadi. 2. masak gula merah dan gula pasir bersama sedikit air..( air tu sikit je ..hanya utk hancurkan gula. ) bila dah didih boleh tapiskan gula tu kalau jenis gula timbang..kalau jenis mahal...tak yah tapis pun tak pe... 3. masukkan air gula merah kedalam bekas berisi ubi...gaul rata...kemudian masukkan santan....jgn masukkan semua sekali...masukkan sikit2....adunan kuih ni memang cair skit.... 4. layurkan daun pisang secukupnya....sudukan adunan kuih kedalam daun pisang...letak inti kelapa putih dan balut kemas. buat sampai habis. 5. panaskan kukusan dan kukus kuih selama 30 minit. selepas masak boleh la kuih lepat dihidangkan setelah sejuk. http://qasehququinnie.blogspot.com/2014/01/lepat-ubi-kayu.html