Tuesday, February 11, 2014

Cookies Strawberry Coconut ( malaysian style)

Biskut Senyum a.k.a. Biskut Kelapa Resipi : Mat Gebu Di Olah : Che CT Bahan-bahan : 200 gm tepung jagung Brown & Polson 115 gram tepung gandum 1/2 sudu teh penuh baking powder 1/2 cawan kelapa kering - dikisar halus 1 biji telur gred A 100 gram gula aising 1/2 camca teh esen vanilla 140 gm mentega - atau secukupnya Hiasan : Ceri merah - potong kecil Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut Cara-cara : 1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan. 2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti. 3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. 4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap. 5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. http://www.sitidelima.net/2012_08_01_archive.html

No comments:

Post a Comment