Saturday, February 1, 2014
Agar Agar Gula Melaka dengan Cendol
http://gulahangus.blogspot.com/2012/01/resepi-bergambar-puding-cendol-kacang.html
http://www.sitidelima.net/2012/06/agar-agar-cendol-gula-merah.html
Bahan A :
5 gram agar-agar serbuk - Jenama NONA
60 gram gula merah
3 camca besar gula
1 helai daun pandan - disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
2 sudu besar gula pasir - Jika perlu
Bahan B :
5 gram agar-agar serbuk
300 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu kecil garam halus - bagi rasa lemak sahaja
Cendol secukupnya.
Cara-cara :
1. Agar-agar gula merah : Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar-agar. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci atau acuan pilihan. Ketepikan sebentar.
2. Agar-agar santan B: Satukan serbuk agar-agar, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak-lemak, kacau rata dan biar suam.
3. Agar-agar cendol : Bila agar-agar gula merah hampir keras, cakar-cakar permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya diatas agar-agar gula melaka tadi. Ratakan. Tuang pula agar-agar santan perlahan-lahan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras. Potong dan hidangkan sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment