Tuesday, February 11, 2014
KOKTEL BUAH-BUAHAN AIS KRIM VANILLA
Bahan-bahannya:
2 tin koktel buah-buahan – ambil bersama airnya
1 tin buah longan – ambil bersama airnya
1 mangkuk jeli Nata De Coco (laici dan strawberry)
100 gram buah ceri, jika suka
4 tin susu sejat Marigold
½ tupperware ais-krim perasa vanilla - Kak Noor guna jenama Magnolia
Ketulan ais secukupnya
Penyediaannya:
1. Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais-krim vanilla. Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan kacau rata.
2. Masukkan buah-buahan koktel, diikuti dengan buah longan beserta jusnya, buah ceri, dan jeli Nata De Coco. Kacau rata.
3. Akhir sekali baru masukkan ketulan ais secukupnya dan hidangkan semasa sejuk.
http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2012/10/koktel-buah-buahan-ais-krim-vanilla.html
Puding koktel macam Tau Fu Fa
http://husnamn.blogspot.com/2011/07/resepi-pudding-koktel-yummylicious.html
Bahan-bahan
10g agar-agar
1 tin susu Ideal
13 gelas air (kalau dh biasa buat, boleh ejas brp byk air, nk keras ke, nk lembut ke..kalo yg ni tekstur dia mcm mkn tau foo fa)
1 gelas gula
Secubit garam
Daun pandan
1 tin koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (anggur, strawberry)
Cara-cara membuatnya
1) Masuk agar-agar, daun pandan dan air dalam periuk. Masak hingga hancur kesemuanya.
2) Masukkan gula. Biar gula larut.
3) Masukkan susu Ideal dan secubit garam. *Jika suka boleh letak bbrp titik esen vanilla untuk mengurangkan bau susu.
4) Masak sehingga mendidih dan tutup api.
5) Biarkan sejuk seketika, baru tuang ke dalam mangkuk atau bekas. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6) Bila nk makan, masukkan koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (ikut kesukaan). Masukkan air dlm tin koktel tu sekali untuk rasa yang manis..
koktel Puding Castard dengan Nata De Coco ( http://airtangansuzie.blogspot.com/2011_10_01_archive.html)
Puding Castard
Bahan
4 sudu besar tepung castard
3 mug air
4 sudu besar gula
Cara
1) Bancuhkan tepung bersama air dan kacau hingga tepung betul2 larut.
2) Masukkan gula dan kacau baru di masak hingga adunan likat.
3) Kacau hingga adunan berkilat. Tutup api dan masukkan dalam acuan yang disuka.
4)Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.
Sagu Merah
Bahan
4 sudu besar sagu direndam sebentar
21/2 mug air
4 sudu besar gula
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah
Cara
1) Masukkan air dalam periuk dan masak hingga mengelegak.
2) Masukkan sagu dan kacau hingga agak likat atau jernih baru masukkan gula.
3) Masukkan sedikit pewarna merah dan daun pandan. Jika likat sangat boleh tambah air sikit2.
4) Kacau hingga sagu betul2 jernih. Angkat dan sejukkan.
Air Koktail
Bahan
1 tin susu cair
3 sudu gula
3 mug air
Nata De Coco secukupnya
1) Campurkan kesemuanya. Masukkan puding kastard dan sagu tadi. Masukkan ais dan sedia untuk dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment