Thursday, February 9, 2012
Jelly Santan Gula Melaka
Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm (setengah paket )
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka/jawa (lebih kurang 200 gm)
1/4 cwn gula pasir
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau.
Dalam periuk bersih, masak 4 cawan air bersama dengan agar2. Masak hingga mendidih.
Tapiskan lepas masak dan campur dgn Gula Melaka tadi...sentiasalah di kacau hingga didih.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA NAZ:
Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
http://yatiememories.blogspot.com/2012/12/agar-agar-santan-gula-melaka.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment