Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:)
1.
Ikan perlu dicuci & rendam dengan air asam jawa dulu. minyak masak-2 senduk sederhana besar
untuk 1 periuk sederhana.(bergantung juga pada kuantiti ikan yang hendak
dimasak)
2.
bawang kecil atau bawang besar- kuantiti bergantung kepada berapa
banyak yang korang nak masak.selalunya untuk 4 orang makan dalam 4
hingga 5 biji. orang tua2 cakap kalau nak sedap lagi lebihkan sikit
bawang merah tu. bawang perlulah dikisar atau ditumbuk sampai lumat.
3. bawang putih- kuantiti kurang daripada bawang merah dalam 3 atau 4 ulas. bawang perlulah dikisar atau ditumbuk.
4. halia/lengkuas. Kunyit. Sikit cili api kalau nak-kuantiti dalam separuh daripada ibu jari. Perlu dikisar atau ditumbuk.
4. halia/lengkuas. Kunyit. Sikit cili api kalau nak-kuantiti dalam separuh daripada ibu jari. Perlu dikisar atau ditumbuk.
5.lada
kering- hendaklah dipotong dan direbus sehingga masak. kemudian barulah
blender sampai halus.masa nak blender tu letak la sedikit garam dan
minyak supaya lada tersebut tahan lama.
6.garam- digunakan untuk menambah kesedapan asam pedas.bubuh secukup rasa.
7. halba-kuantiti secubit sebagai perasa dalam masakan.
8.
serbuk kunyit- kalau ikan korang dah perap dengan serbuk kunyit untuk
hilangkan bau hanyir x perlu letak lagi serbuk kunyit dalam masakan
korang.
9. asam jawa atau asam keping- kalau korang suka guna asam jawa boleh jugak. kuantiti dalam 2 cubit pun dah cukup.
10. bahan
utama-ikan, ayam atau daging bergantung pada kuantiti yang anda mahu.
jika anda nak masak ikan asam pedas seperti ikan pari atau ikan mayung,
ikan tersebut hendaklah diperap dengan kunyit supaya dapat menghilangkan
bau hanyir. Atau arwah mak cakap basuh dengan asam jawa.
11. daun kesum/Seai / daun limau purut- digunakan sebagai perasa dan menambahkan bau pada asam pedas. kalau x ada daun kesum asam pedas kurang kick. Janganlah letak bunga kantan...tak ori rasanya
Cara-cara memasak:)
1. panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
2.
masukkan lada kering yang telah dikisar. kuantiti dalam 2 senduk. kalau
nak pekat tambahkan lagi lada.biarkan sehingga garing dengan nyalaan
api kecil sahaja. Letak serai 2 batang kasi bau wangi.
3.masukkan bawang merah, bawang putih dan halia,lengkuas, yang telah dikisar/tumbuk. Biarkan sehingga naik bau.Daun limau purut
4.masukkan ikan yang telah diperap, ayam atau daging. biarkan sehingga mendidih.
5.bubuh halba,sedikit garam dan serbuk kunyit. ( Optional ) mmg tak letak
6. kemudian masukkan asam jawa atau asam keping. Lebih asam..letak lebih.
7. tambahkan sedikit air bersesuaian dengan kepekatan yang korang nak.
8. last sekali masukkan daun kesum untuk penambah bau. biarkan selama 5 minit.
Note :
Ikan dalam gambar beli di SW market, San Gabriel. Nampak macam Ikan Pari TAPI DIPANGGIL Skatewing. Isi nampak merah and fresh ( macam dm gambar).Ikan pari Malaysia lagi sedap dari ini. Tapi apa2 pun, janji dapat rasa Ikan Pari..bukan senang dapat ni.









No comments:
Post a Comment