Bahan-bahan Buat Putu Piring Asli Tradisional Yang lembut dan Sedap
(Dapat menghasilkan sekitar 15 keping putu piring)
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 sudu garam
- 150ml air panas
- 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
- 1/2 cawan gula melaka,diparut
- 5-6 helai daun pandan
- kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
- Daun pisang digunting 2inci persegi
Cara-membuat Putu Piring Asli Tradisional Yang lembut dan Sedap
- Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.
- Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan.
- Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya gunakan air panas.
- Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.
- Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.)
- Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
- Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
- Sedia untuk dihidang dan disantap.
Selamat mencuba kepada peminat putu piring tradisional..:)